Google


Monday, May 14, 2007

The 6th Chapter

Satu perkara dalam hidup yg membuatkan kita berbeza dgn orang lain adalah fikiran dan minda. Amat penting bagi seseorang itu berfikiran yg positif dalam hidup ini. Kerana berfikiran negatif akan membawa kita kepada kehancuran.

Memang benar, kekuatan minda adalah satu punca kejayaan dalam hidup ini. Kerana minda memainkan peranan penting dalam diri kita. Fikiran dan minda berfungsi didalam otak, dan otak kita sebenarnya organ yg paling penting dalam badan kita. Otak lah yg menguasai segala badan kita, tangan, kaki, hati dan semuanya. Jika kita dapat menguasai fikiran minda kita, apa pun boleh terjadi. Sekiranya kita menghadapi kegagalan dan berfikiran positif, kita tidak akan mengalah atau pun putus asa. Tetapi sekiranya kita berfikiran negatif, kita hanya akan menangis pada kekalahan dan berputus asa serta mungkin melakukan perkara yg tidak baik.

Contohnya dalam percintaan, bila kita gagal bercinta atau telah melihat kecurangan kekasih kita, itulah yg akan membuat hati kita sengsara. Kerana dari mata kita melihat kecurangan itu, ia akan menuju ke otak kita untuk berfikir "Oh tidak, dia berlaku curang kepadaku" dan apabila fikiran kita sudah mengatakan yg kecurangan adalah sesuatu yg menyakitkan, ia akan menuju ke hati, dan amat sakitlah hati kita. Dalam andaian ku, sekiranya kita tidak memikirkan nya dengan dalam dan hanya berfikir "Tidak mengapalah dia curang, mungkin bukan jodohku", mungkin hati kita tidak akan berapa terluka.

Tetapi memang susah buat begitu kan. Kerana hati kita sudah benar benar cinta, jadi hati akan menguasai fikiran. Itu aku faham, tetapi tidak mustahil untuk kita menguasai hati dengan fikiran kita. Betul aku tidak berbohong. Sekiranya fikiran kita terbuka luas alam semesta, tidak ada yg akan membuat hati kita benar benar terluka atau hampa atau kecewa. Kerana apabila hati sudah mulai sengsara, hidup akan menjadi lebih hampa.

Nantikan post yg akan datang .......

Wednesday, May 9, 2007

The 5th Chapter

Cinta adakah bermakna?

Zaman sekarang nie, cinta tak begitu penting sangat lagi. Betul, semuanya dah tak mengerti tentang cinta. Aku sendiri pun tak begitu pasti. Kerana kadang-kalanya cinta hanyalah satu mainan minda. Minda yg mempermainkan hati. Mungkinkah cinta sebenar tidak wujud lagi?

Coba tengok, baru kenalan dah ingin bercinta. Bermula cinta, cinta sampai mati. Tapi di pertengahan dah mula lah bertengkar. Dan lama lama, curang di belakang, dapat yg baru, putus lah yg lama. Itulah kebanyakannya yg terjadi dalam bercinta zaman sekarang nie. Aku yakin sekali, orang yg baru bercinta dalam umur muda (17-23tahun), takkan bertahan hingga kahwin. Mungkin hanya bercinta dalam 3-6 tahun, lepas tu putus lah. Betul, aku dah tengok semua nie. Dari diriku sendiri, kawan kawan ku dan kebanyakan orang. Aku pernah bercinta, dan aku begitu pasti yg cintaku inilah akan jadi isteriku. Namun setelah 3-5 tahun bercinta, aku dah tak bersama dia lagi. Walaupun aku kesal, tetapi apakan daya, mindaku memainkan hatiku. Cis. Dan dari orang lain yg bercinta, aku berani katakan yg diorang takkan kekal hingga kahwin. Tetapi taklah semuanya, mungkin 5% hingga ke jinjang pelamin.

Jgnlah marah, tapi ini adalah kenyataan. Walaupun sekarang korang katakan yg kamu cinta sampai mati dgn pasangan kamu, tapi satu hari nanti kamu akan mengerti juga. Jodoh memang ditangan tuhan. Kita merancang, tuhan yg menentukan. Jadi kepada pasangan muda yg bercinta cinta tu, berhati hati lah. Kerana sakit nya terluka nya hati ini, memang amat sengsara. Aku suggest kamu bercintalah pada umur dalam lingkugan 25-30 tahun. Dari umur nie lah kita kira matang dan boleh menjaga hati dan perasaan kita sendiri. Tapi kalau yg bercinta awal tu (16-23tahun), bersiap sedialah menghadapai kesakitan hati yg tidak terkira. Dan aku harap jgnlah kamu gila kerana cinta. Kita ada banyak lagi perkara yg menunggu kita dalam hidup ini. Jadi, sekiranya terjadi satu kesakitan hati yg amat dashyat kerana cinta, janganlah berbuat perkara perkara yg akan merugikan kita atau orang lain. Bertenanglah dan banyak bersabar. Tuhan lebih mengetahui dari kita semua .......

Ikuti sambungan seterusnya .....

Tuesday, May 8, 2007

The 4th Chapter

"Kegagalan yg di Sengajakan"

Adakah perkara begitu? Sebenarnya memang ada. Seperti semua yg aku lakukan ini, sebenarnya adalah disengajakan. Kerana bagi aku, apabila kita gagal dan merasakan kegagalan berulang kali, kita akan lebih berjaya nanti dan tidak akan gentar dgn kegagalan lagi.

Namun, dalam ku biarkan diriku ini gagal, aku juga mencubanya sebagai ujian dalam hidup. Mencuba cara lain yg memungkinkan aku tidak gagal. Contohnya, aku mencuba membuat banyak perkara disaat saat akhir. Seperti peperiksaan akhir HND ku, aku sebenarnya belajar hanya pada saat saat akhir mungkin beberapa hari sebelum peperiksaan. Ternyata ianya amat susah tetapi memang boleh. Aku berjaya dalam peperiksaan HND walaupun bukan keputusan yg baik, tapi aku telah membuktikan yg walaupun disaat saat akhir, kita masih mampu untuk belajar dengan baik. Tetapi aku tidak menggalakkan untuk belajar pada saat saat akhir, lebih baik belajar lebih awal jika ingin mendapatkan keputusan baik. Namun sekiranya otak kalian tu memang bagus sangat, sukati koranglah.

Kerana menurut sains, kita manusia hanya menggunakan paling banyak pun 10% dari otak kita ini. Bayangkan sekiranya kita dapat melebihi dari 10%. Memang aku percaya ada juga orang melebihi 10%, seperti Albert Einstein tu. Dia menggunakan lebih dari 10% otaknya, sebab itulah dia genius. Jadi pabila kita boleh menggunakan lebih 10% dari otak kita, belajar saat saat akhir pun tak jadi masalah.

Baiklah, daripada apa yg aku katakan tadi, kegagalan yg disengajakan, kita semestinya mesti ada rancangan kita sendiri. Bukan nak gagal suka hati, tetapi ada sebab sebabnya membiarkan diri kita gagal. Mungkin perbuatan nie perbuatan bodoh, tapi aku memang suka buat lain daripada yg lain. Tak taulah mungkin ada juga orang yg buat benda benda macam aku nie. Harap harap tidaklah kerana kegagalan nie boleh membuatkan orang tak tentu arah dan menjadi gila. Kalau tak kuat hati macam aku nie, jgnlah nak coba coba ok. Selain kegagalan dalam pelajaran, ada satu perkara yg membuat kita gagal dalam hidup, iaitu Cinta.

Aku ingin sangat merasakan berbagai dugaan hati dalam cinta. Benar, gagal dalam bercinta, diputuskan cinta, dicurangi cinta dan sebagainya. Aku benar2 pernah merasakan sakitnya hati dalam cinta dan aku paham mengapa ada orang hingga gila kerana cinta. Cinta adakah dusta ....?? Cinta mempunyai banyak sangat definisi yg berlainan. Kita memang tidak dapat mengertikan cinta untuk orang lain kerana ianya memang tidak sama. Kita ikuti sambungan di keluaran akan datang .........

Monday, May 7, 2007

The 3rd Chapter

Aku dilahirkan dalam keluarga yg biasa biasa je. Taklah kaya sangat, tak juga miskin. Sederhana je. Tapi aku dapat rasakan yg sebenarnya keluarga aku nie kaya lah. Ayah aku yg kaya sebenarnya. Tapi dia tak tunjuk tunjuk kat orang atau dekat kami anak dia nie. Kerana mungkin ayah dan ibu ada plan sendiri dan cara tersendiri untuk membesarkan kami semua. Mungkin diorang tak nak biasakan atau manjakan kami dengan kekayaan. Mungkin ayah dan ibu mahu kami hidup dgn sederhana kerana bermula dgn kesederhanaan tidak akan membuat kami lupa diri dikemudian hari.

Aku dan adik beradik aku pun hidup dalam kebiasaan. Taklah kami nie nak minta itu minta ini. Benda benda mahal apa semua taklah kami hendak sangat. Kerana yg benda murah pun boleh tahan jugak. So dari kecil kami adik beradik nie bukanlah yg hendak macam2 benda permainan apa, tak tahulah kenapa, mungkin jarang nak pergi keluar shopping. Tapi kalau dah harijadi tu, memang banyak juga hadiah dari ayah dan ibu kami. :) Terima kasih ayah, terima kasih ibu. We love you both.

Ok kembali dgn zaman kami dibesarkan ayah dan ibu, memang ayah dan ibu penyayang sangat pada kami. Namun mereka juga akan memberi nasihat nasihat yg baik untuk kami. Dan aku amat bersyukur pada tuhan kerana aku lahir dalam keluarga ayah dan ibu aku nie. Ayah dan ibu aku nie memang best. Plan untuk membesarkan kami mudah jer "menyayangi kami dan menasihati kami". Mungkin itulah plan mereka untuk kami. Dan sekarang aku sedar yg semua kemarahan dan nasihat mereka adalah untuk kebaikan kami. Ibu lah yg paling banyak marah dan memberi nasihat. Dan ayah pulak taklah banyak marah, tapi dia yg pemberi semangat pada kami semua. So dalam family nie "Nasihat datang dari Ibu, Semangat datang dari Ayah". Dari semua itulah aku tidak pernah berputus asa dalam hidup ini. Walaupun mungkin aku gagal dalam banyak hal, tapi aku tidak akan berputus asa.

Dan kegagalan yg telah berlaku dalam hidupku ini, SEBENARNYA adalah disengajakan .......

Jumpa lagi dipost akan datang.

Saturday, May 5, 2007

The 2nd Chapter

Apakah hidup ini hanya penuh dgn cobaan dan dugaan? Sebenarnya tafsiran itu datang dari kita sendiri. Sama ada kita akan menafsir perkara yg terjadi itu satu dugaan ataupun hanyalah perkara biasa yg kita anggap satu kesusahan.

Hidup aku memang penuh dgn kegagalan tapi juga penuh dgn kegembiraan. Dari aspek pembelajaran aku memang seorang yg gagal. Dan kegagalan itu berpunca dari diriku sendiri yg memang seorang pemalas. Tetapi aku mempunyai visi dan idea sendiri dalam hidup ini. Namun tidak semua orang akan bersetuju dgn diriku kerana pelajaran hinggan mendapat "Degree", "Master" atau "PHD" teramat penting dalam hidup ini. Ya betul ia memang penting tetapi tidak bermakna kita memerlukannya untuk berjaya dalam hidup ini. Sememangnya itulah fikiranku selama ini yg belum mampu ku buktikan. Cis, aku akan mecuba dgn sedaya upaya untuk membuktikannya.

Ayah, Ibu dan semuanya yg berharap aku mendapatkan "degree", minta maaf kerana berulang kali telah menghampakan kamu semua. Aku memang seorang yg benar2 degil dalam hidup ini. Kerana aku percaya, rezeki ada dimana mana tidak kira kita ada "Degree" atau tidak. Dan apabila tiba saatnya aku benar2 ingin mendapatkan sesuatu itu, aku pasti akan mendapatkannya. Bermulalah tidak lama lagi kisah diriku menuju menjadi jutawan terhebat yg amat hebat.

Jumpa lagi di post akan datang .....

Thursday, May 3, 2007

The 1st Chapter

Assalammualaikum,

Buat pembaca pembaca yang budiman serta murah hati (amin), entah kenapakah aku mengatakan murah hati, mungkin kerana aku berharap semua manusia didunia ini sentiasa bermurah hati didalam kehidupan mereka seharian. Amin.

Blog ini sengaja aku tulis (memang lah sengaja, kalau tak sengaja bererti aku buat saat aku tidur lah nie), untuk sesiapa saja yg suka membaca tentang kehidupan orang lain atau suka suka je lah.

Jadi aku nak mulakan kisah hidupku ini dgn sebuah kenangan yg tak tau indah ke tak indah, aku nak mulakan juga. Kisahnya bermula begini .....

(sila baca post terbaru ... Hahaha)

 
template by free-web-template.blogspot.com